Tuesday, June 21, 2011

Hadiah dr insan yg baik hti :)

Alhamdulillah..semalam baru je mengerjakan buah Zuriat nie.
kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yg sgt keras ni.

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)

Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

(inilah rupa buah zuriat....mcm ciku tp kerasss)

Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

yg kt bwh ni antara gmbr2 yg sempat aku ambik....terima ksih kpd suamiku sebab mbantu :) berpeloh2 dia hahahaha,ingt sng ke nk pecah utk dptkan isi dia? waaa........kt sini Allah swt nk uji sejauh mn sikap kesabaran kita tau ^_^
1- ketuk tak jadi,buah melantun keluar

2- nah..suami aku kuarkan toolbox dia,amik skru hahahahaa....bru la dpt hasil

3- dlm 10/15minit rasa2nya,akhirnya kuarlah ia...buah ni seakan kelapa...mempunyai 2 tempurung..ni lah isi buah zuriat....mcm buah laici pun ada kan...
4- finaly...berjaya suamiku kopek 2 bijik buah nie.....kerassss sgt buah ni..so buah ni elok direbus la selama 1/2 jam....sehingga btukar mjadi air teh o,rasa dia mcm welcome tea...
Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa

No comments:

Post a Comment