Saturday, December 31, 2011

1 hari untuk tahun baru 2012



lame x updates dlm blog ni,rs mcm dh berkulat dah...jom cuci segala apa yg ada :) ape ek cite aku spjg thun nie? hmmm lupe plk tihiii =p
ok2 jom bcerita....alkisah la sebuah cerita~~~kekekek syair la plk =p

dari bln jan hingga disember ni macam2 la perkara berlaku thdp aku..suami dan keluarga..
dari aku disahkan mengandung...(ye aku pnh mengandung tp x kekal..disahkan mengandung luar rahim),dduk hospital berpantang mcm org beranak,gduh2 dgn suami tu pkara biasa kan? hehehe...pling best 1 keluarga aku dpt menunaikan umrah..alhamdulillah..

dlm tahun nie jgk aku sempat mengikuti khusus menjahit selama 4 bulan di bawah BELIA KUCHING..wahh rupanya aku ada bakat yg diwarisi emak aku..klas kau jah~~suami aku hdiahkan aku sebuah mesin jahit walau hrga dia x mahal tp aku ni suka..(terima kasih sayang)

utk suami aku plk pd tahun nie dia banyak jtuh sakit..uh org degil pasti akan jtuh sakit nak? apa lagi dia main bdminton la,futsal la..kaki ''org tua'' katakan heheheh mane tahan lame2 main =p (sorry sayang,ngumpat skt)

ape lagi ek tjadi thn nie?? hmmm...sama je kot..Okla setakat nie ja la cerita aku...huhuhuhu ok.

sekejap je kan masa berlalu,hari nie dah 31 dec 2011 hri terakhir utk penutup tirai tahun 2011..
seperti biasalakan...stp thn baru ada azam baru..tp bgmaina azam korang yg lama? dh tcapai belom? hehehe....but me? msih lgi belom..still sama jgk azam nk kn zuriat..doakan kami..amin

Friday, December 23, 2011

SEMANIS KURMA,22/DEC/2011

dr seorang kawan facebook/mukabuku memberitahu di tv9 ada topik best utk aku..'' BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT''..Aku selaju mungkin beralih siaran dr ''Berlari ke bintang'' ke tv9.tajuk ni mmg sesuai utk org mcm aku+suami..yg belom dikurniakan zuriat.kami ni bkn baru dan bkn dh lama kahwen,tahun depan 2012 on 5feb genaplah dua tahun usia pkawenan ku..mungkin serba sedikit topik dberikan olh ustazah/ustaz/tetamu dalam cerita itu byk bguna kt aku...sambil itu aku menulis sambil psg telinga :)




Rajinlah membaca ayat2 seperti berikut :


Surah al imran ayat 38
Surah maryam ayat 4-6

Syarat Mengambil anak angkat:
Diambil sebelum 2 tahun
Baby perlu menyusu ibu angkat 5 kali kenyang
Masalah bin.haram binkan anak angkat kpd ayah angkat
Dgn nasihat doctor boleh cari ubat diharuskan utk keluarkan susu
Sekiranya anak angkat lelaki diberi menyusu kpd kakak belah perempuan
Sekiranya anak lelaki bg menyusu kakak belah lelaki

Tips :
Rajin minum air suam dgn madu lebah asli
Doa nabi zakaria
Rajin membaca surah al waqiah
Surah al mulk selepas maghrib
Banyakkan bersedekah kpd bayi2 yg baru lahir.

Doa:
1-Surah al anbiyaa ayat 89
2-Surah Mariam –Ayat 5
3-Surah Al saffat –Ayat 100
4-Surah Mariam – Ayat 10

Oklah..Insyaallah suatu hari nanti kita akan mendapat apa yang diinginkan.Banyakkan Istiqfar salah satu cara untuk mendapatkan zuriat.Ingatlah DOA adalah ubat paling mujarab untuk memperoleh sesuatu perkara.

Semoga Allah SWT memberi sinar kebahagiaan kepada aku dan suami serta rakan2 yang lain.Insyaallah.

Saturday, July 16, 2011

BERAPA UMUR KUCING ANDA?? :)

Tahukah anda untuk menanggar umur kucing kita boleh dilihat pada giginya?
Ya! Struktur gigi amat penting dalam pengiraan umur. Hatta dalam manusia pun struktur gigi adalah antara komponen penting dalam bidang forensik.

Soalan lazim yang selalu diajukan pada saya seperti "Doktor, saya baru ambil kucing ini. Tak taula berapa umurnya". Ada juga senario di mana seorang pemilik baru sahaja membeli seekor kucing yang dimaklumkan padanya masih anak kucing (kurang 6 bulan), ternyata dia ditipu setelah kami memeriksa giginya dan kucing itu sebenarnya sudahpun dewasa. Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk menulis post ini.



Ini adalah struktur gigi karnivor. Dimana Incisor adalah gigi kacip dan Canines adalah gigi taring. 2 jenis gigi inilah selalu yang digunakan untuk mengira/menganggar umur kucing.Molar dan premolar adalah gigi geraham.

Tetapi sebelum kita belajar menganggar umur kucing, kita perlu tahu beza antara gigi susu dan gigi kekal. Ini kerana dengan dapat membezakan 2 jenis gigi inilah kita akan dapat menganggar umur kucing dengan lebih baik.

Gigi susu mempunyai ciri2 seperti lebih kecil dan warna yang keputihan seperti susu. Kita dapat melihat gigi susu tumbuh berjarak antara satu sama lain dan lebih nyata pada gigi kacip. manakala, gigi kekal bersaiz lebih besar dan mempunyai warna agak kekuningan sedikit (offwhite). Gigi kacip yang kekal tumbuh rapat2 antara satu sama lain tanpa ada ruang pemisah antara mereka.

Jika anda lihat gambar di atas dan di bawah, ada 3 pasang gigi kacip dan sepasang gigi taring. Saya tidak akan menyentuh tentang gigi geraham di dalam perbincangan ini. Saya akan melabel setiap pasang gigi kacip untuk memudahkan penerangan seterusnya:


Oleh itu, berikut adalah cara menganggar umur kucing melalui gigi:

Semua gigi susu tumbuh (K1-K3 & TARING) => 2 bulan
K1 tukar gigi kekal => 3 bulan
K2 tukar gigi kekal => 4 bulan
K3 tukar gigi kekal => 5 bulan
TARING tukar gigi kekal => 6 bulan

* Umur yang dinyatakan adalah anggaran (lebih kurang)

CONTOH:
Gambar ini menunjukkan haiwan ini mempunyai 2 gigi taring pada rahang atasnya. Gigi taring yang lebih kecil adalah gigi susu. Bolehkah anda bezakan gig taring susu dan kekal dalam gambar ini?
Haiwan ini sudah adalah berumur lebih kurang 6 bulan.

Anak kucing ini berumur lebih kurang 2 bulan. Semua gigi yang ditunjukkan adalah gigi susu.
Lihatlah gigi kacip yang tumbuh agak jarang antara satu sama lain.


Ini adalah contoh gigi kekal. Lihat betapa besar gigi taring kekal berbanding gigi taring susu. igi kacip kekal tumbuh rapat2 antara satu sama lain.

Dengan itu, sekian post kali ini. Diharap banyak info bermanfaat yang dapat digarap. Terima Kasih.

P/S: Anjing juga menggunakan kaedah yang sama dalam menganggar umur.
Credits to : Honey Pet Shoppe

Wednesday, June 29, 2011

aiskrem choclate kasih-sayang

duk usha2 facebook semalam,terjumpa resepi aiskrem ni..(tp dh lupe ape name facebook tu,cz bkn frenlist)...percubaan pertama ahernya BERJAYA..mahu x gembira...kekekekekke.... ni aiskerm bkn utk kanak2 jer,tp org2 tua mcm kite sesuai jgk mkn...(tua la konon)...Ok mls nk potpet pjg dh rs mcm Kak Lehot plk mbebel,baik sy kongsi resepi dgn korg...
jom selamat mencuba

bahan2:

1- 1/2 tin susu pekat manis ( x kira la apa2 jenis,jnji pekat manis)
2- 1/2 air suam sukatan tin susu tadik..
3- 4 sudu besar tepung jagong
4- 1 sudu besar ovallate
5-1 sudu tea esen vanilla
6-2 sudu tea serbuk koko

(tengok gbr di bwh sbg rujukan)

CARA2..

1- panaskan susu,air tadik kedalam periuk sederhana
2-gaulkan perlahan2 bsama tepung jagung..sehingga masak
3-keadaan api perlahan..

4- tuangkan adunan tadik ke dlm bekas utk proses memutar...
5-masukkan esen vanilla ke dalam tu sehingga kembang

6- letakkan serbuk koko,putar perlahan2...saya pakai volume no 2...sebab bekas tu kecil...hehehe

7- tuangkan kedalam bekas aiskrem jugak....(sy suke kumpul bekas,sebab byk bnda boleh pakai)
8- simpan dia kedalam frigde selama 1 malam....

9- akhirnya....jadik...yeaaaayy...!! sodap tu..
ok SELAMAT MENCUBA SEMUA

*nota kaki : menu ni untuk dihidangkan bsama2 roti lg sedap.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Hadiah dr insan yg baik hti :)

Alhamdulillah..semalam baru je mengerjakan buah Zuriat nie.
kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yg sgt keras ni.

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)

Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

(inilah rupa buah zuriat....mcm ciku tp kerasss)

Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT (kredit dari blog Serumpun kasih)
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

yg kt bwh ni antara gmbr2 yg sempat aku ambik....terima ksih kpd suamiku sebab mbantu :) berpeloh2 dia hahahaha,ingt sng ke nk pecah utk dptkan isi dia? waaa........kt sini Allah swt nk uji sejauh mn sikap kesabaran kita tau ^_^
1- ketuk tak jadi,buah melantun keluar

2- nah..suami aku kuarkan toolbox dia,amik skru hahahahaa....bru la dpt hasil

3- dlm 10/15minit rasa2nya,akhirnya kuarlah ia...buah ni seakan kelapa...mempunyai 2 tempurung..ni lah isi buah zuriat....mcm buah laici pun ada kan...
4- finaly...berjaya suamiku kopek 2 bijik buah nie.....kerassss sgt buah ni..so buah ni elok direbus la selama 1/2 jam....sehingga btukar mjadi air teh o,rasa dia mcm welcome tea...
Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa

Wednesday, June 8, 2011

rasa tercabar..!!



tiap2 hari ade kes buang baby dlm tv....bunoh anak,campak anak,buang anak...apa lah kata hati mereka sampai sanggup mjadik syaitan?? apa alasan dorang?? sakit mental? rasa dh basi alasan tu..!! aku dh trauma nk tgok buletin utama,asal bukak je tengok2 isu bunuh anak...menangis pun tk guna,ALANGKAH BEST KALO ADA KUASA MAGIK,AKAN AKU BUNUH BALIK MANUSIA ITU...!!

zuriat pemberian tuhan patut disyukur,even luar nikah pun..!! sesungguhnya Allah berikan hambanya 1 kelebihan utk melahir...bagi pasangan (mcm aku) dah kawen tp masih belom dikurniakan zuriat..mcm2 ubat telan,mcm2 urutan dh buat..tp kalo Allah belom bg rezeki...
mmg RASA TERCABAR dgn sikap manusia ni...!! arrrghhhh....!!
ada yg kena makan di binatang buas,ada kena bakar....aduuhhh cubalah kita berada di situasi anak2 kecil tu??? lagi sakit kot rasekan...subhanallah....

hari2 terpampang isu buang anak...rs terpanggil utk mencari punca mslh ni...!! makin dibuat kempen oleh pihak television (betul ke aku eja ni) mkin mjadi2 kan.... sedih...
MORAL OF THE STORY...ibubapa kena mainkan peranan dlm mslh nie,jgn terlalu bebas bergaul,SEKS sebelom kawen mmg dh trend zmn skrg...tp kita tau tak apa kesan kemudian hari?? bak kata NABIL...''lu pikir la sendiri''.....


*gbr depetik dr blogger*

Sunday, June 5, 2011

wiken yg boring

petang2 wiken nk ke Tg.batu tp hujan plk,adohh..!! cari je la VCD cita pebret aku,walo 95 je clear nya...layan cita smbil2 pekena satay beli kt Kidurong,wahhhh.....sodap tuh..!!


Layan Kungfu Panda 2,best...cita psl Paul The Panda ingin tahu siapa asal usul dia.... cita nie best sesuai sgt dgn Father's day.......ada sedih & lawak tu mmg tk miss la...hehehe

Saturday, June 4, 2011

Sedekahkn AL-FATIHAH kpd org tua kita :)


Rasulullah SAW pernah bersabda : " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : " Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"


Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT. Kesimpulannya:


- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari


- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,


- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. . Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)


Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

kredit to : qasehhanizd.blogspot.com
regard : Myra

my soul

''hai.....sy dedeq,& sekor lg suami sy Onglai''. heheheheh.........itulah agknye kata dedeq dlm hti =p
ms aku beli dedeq ni dia kucing pling comot,dgn bulu2 tkde tp spesel dia tk tahu kt mane,besar bru la gebu cntek..(agknya tuan dia dulu tk terjage kot).....dh setaun dedeq mbesar,dia pun nk ngawan,ape lg kalot la aku nk cari kucing lelaki.....serach punya search dlm fb,akhirnya jupa la si Onglai nie,time tu Onglai pun tuan dia tgh cari kucing perempuan...sesuai sgt la tu~
Merisik punya merisik,aku setuju la...(ingt kucing tk memilih ke?),kena cri baka cantik,tkde kurap..kan tk psl2 tjangkit dedeq,haa....cerewet tk aku? :p
lps tu kawen la dedeq,trus bunting 3 bln,lahirla 4 ekor ank...WOOOWWW...!! Tk sngka kuar 4,ingt 3 je...mmg dh dlm perjanjian 4 ekor dibahgi 2....dpt 2 ekor sorang...heheheheheh skrg dh besar2 semua bdk2 tu,tk smpai sebulan dedeq ngawan lg,dgn Onglai jgk hehehehehe


Mama syg dedeq+Onglai :)


ni pun anak2 dedeq,semuaaaaaaaa perempuan....hihi tq dedeq ksi mama cucu comel2....
13/3/2011 dedeq branak nie,suamiku jdik bidan tggu smpai pagi,ish aku tk tahan eh tgu smpai pening2 kepala :p


ni chai fu....ganas nih~~karate je kerja hihihihi


ni Pin an.....pling kiut...heheheheh mcm jepon,mate sepet tp suare nyaring ke langit


kesayanganku...si Kiki & si Kaka
gbr lps cucok vaksin,ololo demam mode nih :)

Wednesday, May 25, 2011

Talam sri muka

hai...kli nie sy nk test buat kueh ni...nk thu ni buat jam 1am smlm....aduuhh kepingin nk buat sdri ahernya..nilah hsil (x terer sgt) ok,dgn sebe skt sy nk share la respi sy..OK jomm

(ni utk 2 org mkn)

BHN2...

(A,lapisan bwh)

: beras pulut 1 mangkuk
: garam secubit
:minyak 1 sudu teh
:air

(B,lapisan atas)

: daun pandan 5 helai
: pewarna hijau sedikit
: telor dr frigde 3 bijik
: 3 sudu besar santan
: tepong gandum sedikit
: tepong jagung sedikit
: gula

CARA2:

utk (A)
> basuhkan beras pulut tdik sebersih2 dan msukkn kedlm loyang,sedikit air,garam & minyak dimasukkn ke dlm tu,rata2kan iyer..
> KUKUS beras pulut tdik selama 10/15 mnt yer...
> msk separuh,angkatkan iye,& ratakan pulut tdik shingga mdatar..(pkai plastik)

utk (B)
> pecahkn telor,gula..pukul hingga kembang
> daun pandan tadik kisarkan ia amik air & pukulkan bsama telor tdik
> msukkn tepong gandom + tepong jagung+santan lanyakkan bsama,
>KALO rs wrna pandan tdik x pekat,boleh taruk PEWARNA hijau sedikit...

: adunan (B) tadi,dituangkan ke ats pulut (A)..kukuskan selama 45 mnt / 1 jam yer..
P/S
-> ingt api dlm keadaan sederhana...
-> Selesai dikukus..msukkn talam sri muka ke dlm frigde dlm 10 mnt, tunggu iye keras skt,potong cantek2...
--------------------tq----------------


-rupa ia lps siap,hehehe-
PLZ ABAIKAN RUPA KUEH NIE =p


Monday, May 23, 2011

POSA DH GANTI BELOM????


aduhhh kejap je ms bgerak...nk pose/raya pulok doh...!! korag dh ganti lom yg thn lps? sy ni pun bru 1 hari ganti,tu pun puas dipaksa suami (baki 6 hri lg)...hehehehehe =_= jom2 kite sesame ganti sbelom tlambat...jgn plk nk dekat 1 ramadhan bru nk kalut2 ganti =p

-----pis,pis,pis kacang pis------------

Air soya

yeaaay..!! akhirnya sy dpt buat air soya sendiri...seronok sebab pebret..!! (kalo beli dlm kotak besar rm2.50 rs x puas,baik beli kcg buat je) :p ok jom kite kongsi bsame...zaaass~~~~

BHN2 :

-Kacang soya sekilo ( utk 2 botol besar minum)
-daun pandan 5 helai
-penapis teh size besar
-air 2 jag
-blander
-gula 6 sudu mkn utk 1 jag
-garam 1 sudu teh

CARA2
(1) Rendam kacang soya dahulu dlm 4,5 jam
*rupa kacang kembang*

(2) kisarkan kacang dgn air td sehingga halus....
(3) tuang & tapiskan ia dgn penapis,dan ulangkan sehingga hampas dia kering (ala mcm nk perah santan tu) sehingga halus ok...

(4) slps selesai tapis,masak air soya tadik..letak daun pandan
kacau sehingga dia mendidih...AWAS,santan nie mudah pecah...opss air soya ni mudah pecah :p
(5) letakkn gula & garam.....atau nk letak kemudian pun takpe

(6) siap...!! hehehhe senang jer.......minum time2 sejok...wowwwwww


Saturday, May 21, 2011

tetiba teringat ttg nasib

(lewat update psl diri menimpa diri)

seawal Jan lepas (23jan 2011) aku dapat berita yg amat2 gembira...aku disahkan mengandung 5 minggu...!! YaAllah...tak caya betol,hrpn stp psgn rmh tgga msti nk zuriat kan...dh la kawen hmpir setaun....syukur...berita ni kongsi bersama suami+keluarga.....
suami ku amt gembira,pantang dduk depan cermin dia buat aksi gendong bayi..hehehehehe *ngade tol*...tapi mslh muncul spnjang aku mengandung,aku bleeding....bleeding amt terok,ku sangka period pain,pegi checkup dgn pakar pun dia ckp normal...hairan kejap..!! mcm2 ubat doc kasi,bg kuatkan janin aku...setiba scan.doc ckp ''kosong'' msih tak npk baby...ape?? abes??...risau..doc mtk ke klinik lg bulan seterusnya tgok result.....saat dinanti mmg ditunggu....DAN mlm 8 feb 2011 aku tetiba sakit.....sakit hanye tuhan saje tahu..suami ku sapu ubt pun tak jadik.....menangis2 aku smpai ke pagi...
Suami ke kerja la mcm biasa sebab aku rs ok skt dr smlm.....selepas suami aku g kerja,aku sakit blk...huwaaaaaa huwaaaaaaa...sakiiiiiiiitttttttnyaaaaaaaaaaa tcucok rs dlm perot...tolongg...!!!! aku dh x tdaya,smpailah suami blk thari tgok aku dh hmpir2 nazak (cerita suami blk).... lps tu,ntah la ape tjadik pd aku.................sedar2 di hospital
Aku tpksa buat pbedahan buang janin sbb mengandung luar rahim :( hancur hati aku.....
Suami byk mberi dorongan+sokongan mental ms nie,aku mmg pth hati + kecewa yg teramat... yg mjaga aku di spital,Makcik (jiran aku yg baik,dia anggap aku sebahagian ank dia)
3hari duk dlm wad,aku rindu nk dduk rmh....fmly aku dtg sini dgn book tiket last minit,kasihan dorang menyusahkan......
so far skrg,aku dh sht....lps semua pantang2 skrg aku kene plan utk ank kedua....tengok pd diri aku yg dh terbelah perot hehehehe.....mudah-mudahan Allah swt kurnia lg rezeki utk kami berdua,amin
------gbr ms dlm wad,HOSPITAL BINTULU--------
tq,pd kwn2 yg dtg mziarahi aku.....:) penuh stok buah dlm frigde

Friday, May 20, 2011

spagetti bolognaise



aduhh...lapar la pulak perot boroi aku nie...nk msk ape erk??tgok brg2 dlm fridge ada bhn2 spageti......!! trus sumbat kucing2 dlm cage trus msk...hehehehhe (msk tak bleh ade gguan,x feeling kate org) ok...jom msk....

bhn2 dia 'kacang' je...

-spageti (ikut la pape jename jnji halal)
-pes tomato/kuah spageti dlm tim....(lebih suke jenama KIMBALL sbb dr malaysia sdri,kira tjamin la)
-ayam/daging ( hiris dadu/ketuk hancur)
-bwg merah utk menumis (kdr sedikit)
-tomato ( dadu)
-mushroom (kalo suke......tp time sy buat nie takde mls nk trun psr)
-air (utk rebus spageti)
OK...jommmmmm.........

(1)...rebus spageti smpai dia lembut dlm 10mnt kot
& toskan...yer..!!
(2) ketuk bwg tadik bsama ayam.......(ni gaya sy..) tapi kalo nk potong dadu pun boleh ayam ni
(3) tumis kan bhn2 yg diketuk tadik....naik bau,& tuang pes tomato....ltk air sikit...
+ garam skt..kalo taknak masam sgt =)
dan (4) siapppppp.........!! simple kan...'kacang' je......bdk2 skolah rendah pnda buat..!! =p
Info: mknn pebret knk2....
: mknn ringan kot ok utk sape2 nk diet :p


bosan thp giler

ape la nk dibuat hari nie ek.....ntah apa2...termenung kiri kanan tpandang tabung suamiku yg sarat muatan koin...(dlm hti,best kalo pecah nie,brape ratus agaknye) tup2..aku pn pecah la tabung kesayangan suami ku itu..kekekekeke TAPI dgn keizinan tau =p
<3 bkn apa pecah nie,sebab rs x selamat la simpan lelama duit dlm rmh,bahye.....kes mcurik byk sgt skrg~takottt.......

total semua rm500..cun2...heehehheheheeh
uisshhh banyak tu mama...........kata si Kaka
so semua dh selamat msuk ke dalam bank......!! lega dan puas hti....6 kilo ni timbang aduhh
nila hsil suami menabung 3 thun & 2,3 bulan je aku tambah skt2

Friday, April 22, 2011

spend time with my fam 16>19 april 2011 (BINTULU)

at Tg.Batu.........miss u all
sempat lgik amik gbr mcm org kurang upaye aku...hahahaha

pewiittt......sempat posing nk otw blk bintulu.......cantekk gbr ni...buat kenangan kan... ntah bile lg parent nk dtg sini..tup3 aku & suami dpt tukar blk semenanjung...amin
ni gbr kt MIRI,ape erk name pntei ni......hmmmmm T_T oh ye Luak Espanled ke? aduhh ssh benor nk ngeja eh....
kiri,emak tercinta....tgh opkos ler aku dan tepi tu adik......same beso 2 branak kekeke :p

haha..ni kek ats design ku sdri...cey cey.........walopun rupe asal yg aku RQ kn tu tak dpt ditunaikan cz buah stoberi kehabisan,so toke kek gantikan dgn buah ceri2...cantek x? tq Ina (toke kek)
sesampainye my fam,aku kejutkan dorang dgn kek bday mak ^_^ walo lewat sebulan tp aku puas hti buat mak & ayh ku hepi...I LAP U..ni celebrate kt KG.BARU...mknn sne bleh la tahan..tp time ni hujan...

Thursday, April 14, 2011

DONUT CINTA

BHN2 : tepung gandum 3 cawan
: air 1/2 cwn
: mentega 2 sudu
: penaik roti 1/2 pek kecik
: telor 1 bijik dr peti ais
: gula (blandkan utk ats donut nti)

CARA2
1- tepung gandum,letak telor (dr peti ais),mentega air agak2 la yer
2- buat lubang @ terap pkai acuan mcm ni...biarkan dia naik/kembang bru goreng yer
lps npk perang angkat dan terus gaulkan bsame gula bland tadik

rupe donut yg x pkai acuan..heheheh
p/s : jgn tiru cz ni mls
mam bsame tea o panas...!! holiiioooo

Monday, April 11, 2011

murtabak megi utk bekpes/dinner :)

BHN2 : naget 2 keping
: megi kari sebungkus
: telor 2 bijik
: daun sup sedikit
: minyak sdikit
CARA2

1- potong naget kecik2

2-rebus megi shingga lembut..& toskan
p/s: jgn taruk prencah dia tau kang jd megi plk :)

3-pecahkan telor dan letak bhn2 spt nie
4-gaul bsama adunan tadi...
letak sdkit prencah megi td
gorengkan ia mcm goreng telor dadar hihihihi
finally...ni ghuper murtabak megi :)